Murtad adalah orang yang keluar/meninggalkan agama islam. Allah swt berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 217: "Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya." Hukuman apa yang harus diberikan kepada seorang yang murtad? Tentang hal ini, ulama bersepakat, sebagaimana diungkapkan oleh Wahbah az-Zuhaili, bahawa lelaki yang murtad hukumannya adalah dibunuh dengan syarat dia baligh, berakal dan tidak dalam keadaan dipaksa. Bagi perempuan yang murtad pun hukumannya adalah dibunuh menurut majoriti fuqaha kecuali kalangan Hanafiyah. Sungguh hukuman yang sangat keras. Mengapa seorang yang murtad begitu keras hukumannya? Hal ini dilakukan untuk menjaga kemuliaan Islam dan kaum muslimin dan sekaligus menjaga akidah umat Islam dari keraguan yang akan disebarkan murtad jika mereka bebas berkeliaran di tengah-tengah umat Islam...